Khasiat Lobak Merah, 7 Manfaat Untuk Kesihatan

khasiat lobak merah
khasiat lobak merah

Apa khasiat lobak merah? Dalam artikel kali ini, Harian Semasa ingin berkongsi serba sedikit mengenai lobak merah dan manfaat serta kebaikkannya untuk kesihatan tubuh badan.

Lobak merah kaya dengan vitamin, mineral, dan serat. Ianya juga merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Antioksidan adalah nutrien yang ada di dalam makanan berasaskan tumbuhan. Mereka membantu badan membuang radikal bebas – iaitu molekul yang tidak stabil yang boleh menyebabkan kerosakan sel jika terlalu banyak terkumpul di dalam badan.

Radikal bebas terhasil daripada proses semulajadi dan tekanan alam sekitar. Badan sebenarnya boleh menghapuskan banyak radikal bebas secara semulajadi, tetapi antioksidan melalui pemakanan boleh membantu, terutamanya apabila beban oksida yang tinggi.

Baca juga: Khasiat bayam Brazil.

Berikut adalah beberapa khasiat lobak merah untuk kesihatan tubuh badan manusia.

Membantu penglihatan.

Lobak merah mengandungi vitamin A, dan kekurangan vitamin A boleh menyebabkan xerophthalmia, iaitu salah satu penyakit mata progresif yang boleh menyebabkan buta malam (night blindness) atau kesukaran melihat apabila tahap cahaya adalah rendah.

Menurut Office of Dietary Supplements USA, kekurangan vitamin A adalah salah satu penyebab utama penyakit buta (blindness) yang dapat dicegah dalam golongan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, pengambilan lobak merah berkemungkinan tidak dapat meningkatkan penglihatan seseorang, kecuali jika mereka mempunyai masalah kekurangan vitamin A.

Selain itu, lobak merah juga mengandungi antioksidan Lutein dan Zeaxanthin, dan gabungan kedua-duanya ini boleh membantu menghalang Age-related macular degeneration (AMD), iaitu salah satu penyakit mata yang biasa dalam golongan berusia.

Membantu kesihatan penghadaman.

Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan kaya-carotenoid boleh mengurangkan risiko kanser kolon, menurut satu penyelidikan pada tahun 2014. [LINK] Note: Carotenoids ialah pigmen organik kuning, oren, dan merah yang terdapat pada lobak merah dan sayur-sayuran lain.

Pada tahun berikutnya, satu kajian mencadangkan bahawa orang yang mengambil diet tinggi serat mempunyai risiko yang lebih rendah kanser colorectal daripada mereka yang mengambil sedikit serat.

Mencegah kanser.

Terlalu banyak radikal bebas dalam badan boleh meningkatkan risiko pelbagai jenis kanser. Kesan antioksidan carotenoids boleh mengurangkan risiko ini. Lutein dan zeaxanthin adalah dua contoh carotenoids ini.

Satu lobak merah mentah bersaiz sederhana, seberat 61 gram (g), mengandungi 509 mikrogram (mcg) RAE vitamin A. Ia juga menyediakan 5,050 mcg beta carotene dan 2,120 mcg beta carotene, dua provitamin A antioksidan yang dapat ditukar oleh badan menjadi lebih banyak vitamin A, jika diperlukan.

Pada tahun 2011, penyelidik menemui bukti bahawa nutrien dalam ekstrak jus lobak merah boleh membunuh sel leukemia dan melambatkan atau menghentikan perkembangan mereka. [LINK]

Selain itu, penyelidik juga menyimpulkan bahawa meminum jus lobak merah boleh membantu menghalang jenis kerosakan yang membawa kepada kanser paru-paru dalam perokok. [LINK]

Manakala, kajian pada tahun 2008 menunjukkan bahawa peserta yang mempunyai pengambilan yang tinggi daripada pelbagai jenis carotenoids mempunyai 21% risiko kanser yang lebih rendah.

Mengawal diabetes atau kencing manis.

Lobak merah mempunyai rasa manis dan mengandungi gula semula jadi. Karbohidrat membentuk kira-kira 10% daripada lobak merah, dan hampir separuh daripada ini adalah gula. 30% daripada kandungan karbohidrat ini adalah serat. Satu lobak merah bersaiz sederhana mengandungi hanya 25 kalori.

Secara keseluruhannya, ini menjadikan lobak merah sebagai makanan rendah kalori, tinggi serat dan mempunyai tahap gula yang rendah. Disebabkan ini, ia mempunyai skor rendah pada Indeks glisemia / Glycemic index (GI). Indeks ini boleh membantu penghidap kencing manis memahami makanan yang mungkin akan meningkatkan tahap gula dalam darah mereka.

Lobak merah yang direbus mempunyai skor GI sekitar 39. Ini bermakna ianya tidak mungkin mencetuskan “spike” pada tahap gula dalam darah, jadi ianya selamat dimakan bagi golongan yang menghidap diabetes.

Sementara itu, pengambilan diet tinggi serat boleh membantu menghalang perkembangan “type 2 diabetes” menurut satu kajian pada tahun 2018. Makanan tinggi serat juga boleh membantu orang yang menghidap “type 2 diabetes” untuk menguruskan paras gula dalam darah mereka.

Menguruskan tekanan darah dan kesihatan kardiovaskular

Serat dan potassium dalam lobak merah boleh membantu menguruskan tekanan darah.

American Heart Association menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan garam, atau natrium, di samping meningkatkan pengambilan lebih banyak makanan yang mengandungi potassium, contohnya seperti lobak merah. Potassium membantu merehatkan saluran darah, sekaligus mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan isu kardiovaskular yang lain.

Satu lobak merah bersaiz sederhana menyediakan sekitar 4% keperluan potassium harian seseorang individu.

Membantu sistem imunisasi dan penyembuhan badan.

Satu lagi antioksidan yang terdapat lobak merah ialah vitamin C.

Vitamin C menyumbang kepada penghasilan kolagen. Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung dan amat penting untuk penyembuhan luka dan menjaga kesihatan badan.

Vitamin ini juga ada dalam sel imun, yang membantu tubuh melawan penyakit. Sistem imun yang sihat boleh menghalang pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Jika seseorang itu tidak sihat, sistem imun perlu bekerja lebih kuat, dan ini mungkin menjejaskan tahap vitamin C.

Sesetengah pakar percaya bahawa mengambil vitamin C tambahan boleh meningkatkan fungsi sistem imun apabila ia berada di bawah tekanan. Mengambil vitamin C, sebagai contoh, mampu mengurangkan keterukan dan jangka masa selsema.

Kesihatan tulang.

Lobak merah mengandungi vitamin K dan sejumlah kecil kalsium dan fosforus. Semua ini menyumbang kepada kesihatan tulang dan boleh membantu mencegah osteoporosis. Diet yang seimbang boleh membantu menjaga kesihatan tulang.

Khasiat Lobak Merah – Kesimpulan.

Justeru, berdasarkan info-info berikut, memang jelas bahawa lobak merah merupakan salah satu sayuran berkhasiat yang mempunyai banyak manfaat baik untuk kesihatan tubuh badan kita.

Semoga perkongsian berkenaan khasiat lobak merah ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan buat anda. Jumpa lagi dalam artikel akan datang.

2 Trackbacks / Pingbacks

  1. Khasiat Delima - 10 Manfaat Jus Buah Delima | Harian Semasa
  2. Khasiat Betik - 10 Manfaat Yang Ramai Tak Sangka | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*