Khasiat Betik – 10 Manfaat Yang Ramai Tak Sangka

khasiat betik
khasiat betik

Semua kenal buah betik kan? Tapi tahukah anda akan khasiat betik? Walaupun berasal dari Mexico Selatan (sumber Wikipedia), betik kini mudah didapati di mana-mana, terutamanya di negara ASEAN, termasuk Malaysia. Rasa manisnya, serta warna yang menggiurkan, dan pelbagai manfaat kesihatan menjadikan betik sebagai salah satu buah-buahan yang amat popular.

Buah tropika ini boleh didapati sepanjang tahun, jadi rugilah jika anda tidak memanfaatkannya dengan baik. Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi pelbagai khasiat betik yang ramai sering terlepas pandang.

Nutrien yang terkandung dalam buah betik mempunyai pelbagai manfaat kesihatan. Mereka boleh membantu melindungi badan daripada beberapa masalah kesihatan dan mencegah penyakit.

Khasiat betik untuk kulit dan penyembuhan.

Apabila digunakan secara topikal, betik yang ditumbuk bermanfaat untuk penyembuhan luka dan mencegah jangkitan pada kawasan yang cedera. Penyelidik percaya bahawa ini disebabkan oleh enzim proteolytic chymopapain dan papain dalam buah betik. Salap/minyak ubat yang mengandungi enzim papain juga digunakan untuk merawat decubitus ulcers (bedsores).

Degenerasi Makula Berkaitan Dengan Usia (ARMD).

Zeaxanthin, antioksidan yang ditemui dalam betik, bertindak menapis sinar cahaya biru (blue light rays) yang berbahaya. Ia berperanan melindungi kesihatan mata, dan dapat mengurangkan risiko degenerasi makula.

Pengambilan buah yang tinggi dalam diet pemakanan anda mampu mengurangkan risiko dan perkembangan kemerosotan makular yang berkaitan dengan usia (ARMD).

Khasiat betik mengurangkan risiko kanser.

Pengambilan antioksidan beta-carotene, yang terdapat dalam buah betik, boleh mengurangkan risiko kanser. Dalam golongan lelaki muda, diet yang kaya dengan beta-carotene mungkin memainkan peranan mencegah kanser prostat, menurut satu kajian yang disiarkan dalam jurnal ini [LINK].

Khasiat buah betik untuk penghadaman.

Betik mengandungi enzim yang dipanggil papain yang membantu penghadaman; Malah, ia juga boleh digunakan untuk melembutkan daging. Betik juga mempunyai kandungan serat dan air yang tinggi, yang mana kedua-duanya membantu mencegah sembelit dan menjadikan saluran pencernaan sihat.

Berkaitan: Khasiat Delima – 10 Manfaat Terbaik Jus Delima.

Khasiat betik untuk sistem imun.

Buah betik kaya dengan nutrien, dan disebabkan itu ianya dapat meningkatkan sistem imuniti tubuh badan. 200% daripada vitamin C yang disyorkan secara harian terdapat dalam buah betik, yang mana merupakan penyumbang utama yang mampu meningkatkan imuniti badan justeru menjadikan badan anda berupaya melawan pelbagai jangkitan dan penyakit.

Betik mengurangkan keradangan (inflammation).

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terdapat dalam betik yang membantu badan sewaktu tidur, pergerakan otot, pembelajaran, dan ingatan.

Choline juga membantu mengekalkan struktur membran sel, membantu penghantaran impuls saraf, membantu penyerapan lemak, dan mengurangkan keradangan kronik.

Betik untuk kuruskan badan.

Betik sangat rendah kalori dan kandungan serat yang ada di dalamnya membantu anda berasa kenyang lebih lama. Dengan sistem penghadaman dan sistem imun yang baik, betik secara umumnya dapat membantu dalam penurunan berat badan. Serat semula jadi menyahtoksin badan (detox) dan membersihkannya, dengan itu, menjaga tubuh agar sihat dan cergas.

Khasiat betik untuk kesihatan rambut.

Betik juga bagus untuk rambut kerana mengandungi vitamin A, iaitu nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum, yang mengekalkan kelembapan rambut. Vitamin A juga perlu untuk pertumbuhan semua tisu tubuh badan, termasuk kulit dan rambut. Pengambilan vitamin C yang mencukupi, yang terdapat dalam betik, diperlukan untuk pembinaan dan pemeliharaan kolagen, yang menyediakan struktur kepada kulit.

Betik mampu mencegah asma.

Risiko terkena asma lebih rendah kepada orang yang mengambil sejumlah besar nutrien tertentu. Salah satu nutrien ini adalah beta-carotene, yang terkandung dalam makanan seperti betik, apricot, brokoli, labu, dan lobak merah.

Baca juga: Khasiat Lobak Merah.

Khasiat betik untuk penyakit jantung.

Serat, potassium, dan kandungan vitamin dalam betik mampu membantu untuk melawan penyakit jantung. Peningkatan dalam pengambilan potassium di samping mengurangkan pengambilan natrium (sodium) mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Khasiat betik – Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, terdapat pelbagai khasiat dan manfaat buah betik yang ramai tak tahu. Selain untuk kesihatan badan, betik juga bermanfaat untuk kesihatan kulit dan rambut.

Justeru, pengambilan buah betik dalam diet pemakanan harian anda amatlah dicadangkan dan sewajarnya perlu diamalkan sebagai gaya hidup anda. Semoga perkongsian kali ini berguna dan bermanfaat buat anda. Silakan SHARE! Terima kasih.

1 Trackback / Pingback

  1. Khasiat Madu Untuk Kulit - Jangan Terkejut | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*