Khasiat Tembikai, 9 Manfaat Jus Tembikai Terbaik

khasiat tembikai
khasiat tembikai

Tahukah anda apa khasiat tembikai? Tembikai biasanya enak dimakan secara mentah. Namun, ada juga yang lebih menggemari jus tembikai.

Buah tembikai hanya mengandungi 46 kalori bagi setiap cawan namun ianya kaya dengan kandungan vitamin C, vitamin A serta pelbagai nutriens.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi mengenai khasiat tembikai untuk kesihatan, termasuk manfaat buah tembikai untuk rambut dan kulit, untuk kuruskan badan, sistem penghadam dan banyak lagi.

Baiklah, tanpa berlengah, jom ketahui beberapa manfaat, kebaikan serta khasiat buah tembikai yang ramai tak tahu.

Tembikai membantu kesihatan jantung.

Kandungan tinggi lycopene dalam tembikai berkesan dalam melindungi sel daripada kerosakan dan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, menurut satu kajian di Purdue University [LINK].

Satu lagi kajian mendapati bahawa ekstrak tembikai membantu mengurangkan hipertensi dan menurunkan tekanan darah golongan dewasa yang mempunyai masalah obesiti.

Selain itu, tembikai mungkin sangat penting untuk wanita yang lebih tua. Satu kajian mendapati bahawa wanita menopaus yang mengambil ekstrak tembikai selama enam minggu mendapati penurunan tekanan darah dan arterial stiffness berbanding dengan mereka yang tidak mengambil ekstrak tembikai. [LINK]

Ini adalah disebabkan kandungan citrulline dan arginine dalam buah tembikai. Arginine membantu memperbaiki aliran darah serta boleh membantu mengurangkan pengumpulan lemak yang berlebihan.

Tembikai mempunyai sifat anti-radang (anti-inflamation).

Keradangan adalah salah satu faktor utama kebanyakan penyakit kronik. Tembikai boleh membantu mengurangkan keradangan dan kerosakan oksidatif (oxidative damage), kerana ianya kaya dengan antioksidan anti-radang iaitu lycopene dan vitamin C.

Lycopene adalah inhibitor untuk pelbagai proses keradangan dan juga berfungsi sebagai antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas.

Selain itu, tembikai mengandungi choline, yang membantu mengurangkan keradangan kronik, menurut artikel yang disiarkan dalam jurnal perubatan Shock[LINK].

Tembikai memastikan anda terhidrasi.

Minum air adalah cara penting untuk memastikan badan anda sentiasa terhidrat. Walau bagaimanapun, makan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi juga boleh membantu. Yang menariknya, kandungan tembikai adalah 92% air.

Tambahan lagi, kandungan air yang tinggi adalah salah satu sebab mengapa buah-buahan dan sayuran membantu anda berasa kenyang. Gabungan air dan serat bermakna anda memakan makanan dalam jumlah sesuai tanpa kalori yang tinggi. Selain itu, jus tembikai juga kaya dengan elektrolytes yang baik. Ini juga boleh membantu mencegah strok haba.

Khasiat tembikai untuk kurus?

Khasiat tembikai untuk diet. Salah satu khasiat terbaik tembikai adalah ianya membantu dalam penurunan berat badan yang sihat. Ini disebabkan kandungan air yang tinggi dalam buah tembikai, boleh membuatkan anda berasa cepat kenyang selain ianya rendah kalori.

Air juga membantu mempercepatkan metabolisme, mengurangkan toksin dan lemak, yang akhirnya mampu menyumbang kepada penurunan berat badan.

Tembikai membantu penghadaman.

Tembikai mengandungi banyak air dan sejumlah kecil serat, yang mana kedua-duanya penting untuk penghadaman yang sihat. Air membantu memastikan saluran penghadaman anda bergerak dengan efisen manakala serat juga membantu penghadaman dan mencegah sembelit.

Tembikai meningkatkan kesihatan tulang.

Vitamin C memainkan peranan utama di sini kerana nutrien ini baik untuk tulang dan membantu penyembuhan luka. Satu kajian menunjukkan bahawa lycopene tambahan boleh mencegah osteoporosis dan keretakan tulang. Vitamin A dalam tembikai juga dikaitkan dengan pertumbuhan tulang.

Khasiat tembikai untuk kulit dan rambut.

Vitamin A penting untuk kulit anda. Hanya secawan tembikai mengandungi hampir satu perempat daripada pengambilan harian vitamin A yang disyorkan.

Vitamin A juga membantu menjaga kulit dan melembapkan rambut, selain menggalakkan pertumbuhan sihat kolagen baru dan sel elastin. Vitamin C juga bermanfaat kerana ia menggalakkan pertumbuhan kolagen yang sihat.

Baca juga: Khasiat Madu Untuk Kulit.

Kesakitan otot (muscle soreness) dan prestasi atletik.

Minum jus tembikai sebelum senaman membantu mengurangkan kesakitan otot pada hari berikutnya, menurut satu kajian pada tahun 2013 [LINK]. Ini disebabkan oleh kandungan asid amino dalam buah tembikai iaitu, citrulline dan arginine, yang membantu meningkatkan peredaran darah.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2015 menunjukkan bahawa citrulline tembikai juga boleh membantu meningkatkan prestasi atletik. Peserta yang mengambil suplemen citrulline menyaksikan peningkatan prestasi, dengan lebih banyak pengeluaran tenaga dalam latihan berintensiti tinggi.

Pencegahan kanser

Seperti buah-buahan dan sayuran lain, tembikai boleh membantu mengurangkan risiko kanser disebabkan sifat antioksidan mereka.

Menurut National Cancer Institute, lycopene khususnya telah dikaitkan dengan keupayaan dalam membantu mengurangkan percambahan sel kanser prostat.

Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam hal ini.

Khasiat tembikai – Kesimpulan.

Sebagai kesimpulannya, buah tembikai mempunyai pelbagai manfaat kesihatan disebabkan kandungannya yang kaya dengan berbagai-bagai nutrien berkhasiat.

Diharapkan perkongsian info mengenai khasiat tembikai kali ini berguna untuk anda. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.

1 Trackback / Pingback

  1. Khasiat Rambutan, 7 Manfaat Baik Buah Rambutan | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*