Tahukah anda apa khasiat madu untuk kulit? Dalam artikel ini kami akan kongsikan kepada anda semua. Madu merupakan salah satu bahan luar biasa yang boleh melakukan keajaiban untuk kulit anda!
Walaupun madu biasanya digunakan sebagai penambah rasa dalam makanan dan minuman, ia juga mempunyai khasiat dan manfaat baik untuk kulit.
Terdapat banyak bukti dan kajian yang menyokong penggunaan madu sebagai rawatan untuk banyak masalah kulit. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai faedah, khasiat serta manfaat madu untuk kulit.
Khasiat madu untuk kulit.
Penggunaan madu dalam penjagaan kulit bukanlah satu konsep baru. Namun, akhir-akhir ini baru penyelidik mula mengesahkan beberapa bukti tentang faedah menggunakan madu kepada kulit. [LINK]
Antara manfaat madu untuk kulit adalah seperti berikut;
Madu melembapkan kulit.
Madu adalah humectant semula jadi, bermakna ia menarik kelembapan ke kulit dari udara. Oleh itu, penggunaan madu pada kulit wajah adalah antara kaedah terbaik untuk memastikan kulit anda sentiasa terhidrasi, segar dan sihat.
Sifat mikrobial dan penyembuhan luka.
Salah satu sifat madu yang diiktiraf secara meluas adalah keupayaannya untuk membantu melawan jangkitan kulit. Menurut satu review, banyak kajian menyokong idea bahawa madu mempunyai sifat antimikrobial.
Kajian yang sama menyatakan bahawa madu Maduka dari New Zealand membantu menyembuhkan luka. Beberapa negara juga telah meluluskan penggunaan madu dalam ubat-ubatan untuk penyembuhan luka.
Baca juga: Khasiat Betik – 10 Manfaat Yang Ramai Tak Sangka.
Madu mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammation).
Madu juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu masalah kulit seperti jerawat atau psoriasis.
Satu kajian pada tahun 2017 terhadap madu kelulut (stingless bee) mendapati bahawa madu mentah tersebut mempunyai kesan anti-radang yang kuat. Satu lagi kajian menyokong penemuan ini, dan mendapati bahawa kebanyakan jenis madu mempunyai sifat anti-radang. [LINK]
Madu merawat sunburn.
Madu merupakan salah satu rawatan alternatif yang terbaik untuk merawat sunburn. Madu menggalakkan penyembuhan dengan mengurangkan keradangan (inflammation) dan menyediakan nutrien kepada tisu yang rosak. Disebabkan inilah madu merupakan salah satu rawatan terbaik untuk sunburn.
Madu mempunyai kesan anti-penuaan.
Menurut satu kajian, madu boleh membantu meningkatkan kecantikan kulit. Kajian tersebut menyatakan bahawa madu boleh membantu menghentikan pembentukan kedutan, menjaga kulit supaya kelihatan muda, dan mencegah jangkitan pada kulit yang boleh mempercepatkan penuaan. [LINK]
Rawatan madu untuk kanser kulit.
Sesetengah bukti menunjukkan bahawa madu boleh membantu merawat kanser kulit dan kanser lain. Beberapa kajian [LINK] menunjukkan keputusan positif apabila madu digunakan pada sel kanser. Kebanyakan kajian tersebut menfokuskan kepada keupayaan madu untuk melambatkan pertumbuhan dan pembiakan sel kanser di dalam tubuh badan.
Satu lagi kajian terbaharu juga menyebut kemampuan madu untuk membantu rawatan kanser. Kajian tersebut menunjukkan bahawa madu mempunyai kesan antiproliferative, anticancer, dan antimetastatic.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa, seseorang mesti memaklumkan kepada doktor mereka jika mempunyai, atau mengesyaki bahawa mereka mempunyai kanser kulit. Hanya doktor yang boleh mendiagnosis keadaan dan masalah kulit anda dengan tepat.
Seseorang tidak sepatutnya mencuba untuk merawat kanser kulit dengan penggunaan madu sahaja, kerana ianya bukan rawatan yang boleh dipercayai tanpa kajian yang lebih mendalam. Sepatutnya, mereka memaklumkan kepada doktor tentang penggunaan madu ini disamping mendapatkan rawatan perubatan dari pihak hospital.
Kesimpulan.
Secara ringkasnya, berdasarkan beberapa kajian yang dikongsikan dalam artikel ini, memang terbukti terdapat pelbagai manfaat dan khasiat madu untuk kulit.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat buat anda semua. Semoga kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Leave a Reply