Khasiat Rambutan, 7 Manfaat Baik Buah Rambutan

Khasiat rambutan
Khasiat rambutan

Pasti anda tidak menyangka akan khasiat rambutan yang sememangnya luar biasa ini kan? Walaupun fizikal buahnya yang kecil, namun ianya mengandungi pelbagai nutrien yang berkhasiat untuk keperluan tubuh badan kita.

Terdapat pelbagai jenis rambutan yang popular di Malaysia. Buah rambutan biasanya akan keluar dan senang diperolehi apabila tiba musimnya. Rasanya yang enak dan menyegarkan menjadikan buah ini sebagai salah satu buah kegemaran ramai.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa faedah dan manfaat kesihatan serta khasiat rambutan yang ramai tak sangka. Bak kata pepatah, “kecil-kecil, cili padi!”

Khasiat rambutan untuk kesihatan mata.

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan vitamin A dalam badan dikaitkan dengan masalah mata. Kekurangan vitamin A menyebabkan komplikasi mata yang ringan, tetapi jika tidak dirawat, ianya mungkin menjadi lebih bahaya.

Untuk memastikan mata anda kekal sihat, anda boleh mengamalkan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C; dalam erti kata ini; rambutan antara salah satu pilihan terbaik. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam buah rambutan boleh mengurangkan risiko anda daripada masalah mata.

Rambutan mengurangkan kolestrol jahat.

Kolesterol LDL (low-density lipoprotein) dikaitkan dengan ancaman yang besar kepada badan. Dalam jumlah yang besar, ia menyebabkan penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, yang boleh menyebabkan kematian.

Rambutan boleh membantu mengurangkan tahap LDL disebabkan kandungan flavonoid dalam buah tersebut. Flavonoid adalah salah satu antioksidan yang berfungsi melawan kolesterol jahat dalam badan.

Khasiat rambutan untuk ibu hamil.

Bagi ibu mengandung, sembelit dan mual di pagi hari (morning sickness), serta banyak lagi rasa tidak selesa lain adalah sangat mencabar dan boleh merosakkan mood anda.

Rambutan penting dalam mengurangkan perasaan ini dengan membantu penghadaman/pencernaan dan menyediakan nutrien yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Khasiat rambutan untuk kulit.

Rambutan juga amat baik untuk kulit. Buah ini mampu menjadikan kulit anda sentiasa terhidrasi. Kandungan manganese dan vitamin C menyokong penghasilan kolagen dan bertindak sebagai antioksidan yang bertindak balas melawan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Ia membuatkan kulit kelihatan muda dan sihat untuk tempoh masa yang lebih lama.

Rambutan mungkin membantu mencegah kanser.

Kanser adalah salah satu penyakit yang menyebabkan sebilangan besar kematian di seluruh dunia. Selalunya, kanser adalah berkaitan dengan radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas memusnahkan badan kita dengan mengundang sel kanser. Sukar untuk memberitahu apa yang berlaku dan mengesan sel kanser dengan segera.

Walau bagaimanapun, kita boleh melindungi diri dengan cara mengawal jenis makanan yang kita ambil. Dengan memakan rambutan, kita boleh memanfaatkan manfaat kesihatan yang luar biasa seperti pencegahan kanser.

Rambutan mengandungi beberapa antioksidan, termasuk anthocyanins, sebatian phenolic, dan sebatian methanolic. [LINK]

Walaupun tiada kajian jangka panjang terhadap manusia yang telah mengesahkan kesan anti-kanser rambutan, namun antioksidan dalam buah dan sayuran telah lama dikaitkan dengan keupayaan untuk mencegah kanser.

Baca juga: Khasiat Tembikai – 9 Manfaat Baik untuk Kesihatan.

Khasiat rambutan untuk kesihatan tulang.

Kehilangan tulang tidak dapat dielakkan seiring dengan bertambahnya usia. Walau bagaimanapun, amalan pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal mungkin boleh membantu untuk mengurangkan kadar dan keterukan masalah ini.

Pengambilan lebih banyak buah-buahan, contohnya seperti rambutan, dikaitkan dengan ketumpatan mineral tulang yang lebih besar, disebabkan oleh kesan potasium dalam buah tersebut. [LINK]

Khasiat rambutan untuk rambut.

Rambutan memiliki sifat antibakteria yang membantu untuk merawat kelemumur dan masalah kulit kepala yang lain seperti gatal. Ia mengandungi vitamin C yang membantu menyuburkan kulit kepala serta rambut.

Selain itu, rambutan juga mempunyai tembaga yang bermanfaat dalam merawat keguguran rambut, memperhebatkan warna rambut dan mencegah uban pramatang. Ia mengandungi protein yang membantu menguatkan akar rambut. Vitamin C dalam rambutan juga mampu menambahkan kilauan pada rambut.

Kesimpulan – Khasiat Rambutan.

Secara kesimpulannya, memang jelaslah bahawa terdapat banyak kebaikan dan manfaat serta khasiat rambutan yang ramai sering terlepas pandang.

Kandungan buah rambutan yang kaya dengan pelbagai khasiat dan nutrien yang diperlukan tubuh badan merupakan antara sebab penting kenapa anda perlu memakan buah rambutan.

Sekian untuk artikel kali ini. Moga-moga bermanfaat! Jumpa lagi dalam posting yang akan datang.

1 Trackback / Pingback

  1. Khasiat Manggis - 7 Manfaat Kesihatan Buah Manggis | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*