Khasiat Kunyit – 8 Manfaat Yang Ramai Tak Tahu

Khasiat Kunyit
Khasiat Kunyit

Khasiat Kunyit yang Ramai Tak Tahu.

Dalam perkongsian info kali ini, kami ingin berkongsi mengenai khasiat, kebaikan dan manfaat kunyit untuk kesihatan harian anda. Kunyit merupakan salah satu rempah penting yang selalu digunakan dalam pelbagai jenis masakan di mana ianya mampu menyedapkan lagi juadah anda.

Berdasarkan kajian, kunyit mempunyai sejenis bahan aktif dikenali curcumin yang merupakan satu bahagian terpenting yang memberikan banyak manfaat dan kesihatan buat tubuh badan manusia.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 8 kebaikan dan khasiat kunyit supaya anda dapat menjadikan kunyit sebagai sebahagian dari diet harian anda seisi keluarga. Jom kita tengok.

8 Khasiat Kunyit untuk Kesihatan Tubuh Badan.

Tanpa berlengah lagi, berikut kami kongsikan kebaikan kunyit untuk kesihatan tubuh badan manusia. Semoga bermanfaat!

1. Kunyit mampu mengurangkan keradangan atau inflamasi (inflammation).

Kandungan curcumin di dalam kunyit bertindak sebagai agen anti-radang yang mana amat penting untuk tubuh badan. Keradangan atau inflamasi biasanya menyebabkan kesukaran terutamanya bagi individu yang menghidap arthritis.

2. Melawan serangan arthritis dan meningkatkan kesihatan sendi.

Seperti yang kami nyatakan di atas, kandungan curcumin dalam kunyit, jika digunakan dalam dos yang betul boleh membantu meningkatkan kesihatan sendi dan mengelakkan serangan arthritis.

Curcumin juga berfungsi mengurangkan keradangan dengan menurunkan kadar histamin di samping meningkatkan penghasilan kortison semulajadi di kelenjar adrenal.

3. Melegakan kesakitan.

Kunyit mengandungi kurkuminoid yang mana merupakan kandungan sebenar yang bersifat anti-radang dan melegakan kesakitan selain juga antioksida dan antibakteria.

Disebabkan inilah juga, kunyit berkesan untuk merawat dan menyembuhkan luka-luka dan kecederaan pada kulit badan.

Anda boleh cuba campurkan kunyit dan minyak kelapa serta sapukan di tempat luka untuk merawat dan melegakan kesakitan.

4. Mencegah penyakit jantung.

Penyakit jantung seperti serangan jantung dan strok boleh dikurangkan dengan mengamalkan kunyit dalam diet anda.

Kandungan curcumin dalam kunyit dapat meningkatkan fungsi endothelial. Endothelium ialah lapisan dalam saluran darah arteri. Kegagalan fungsi endothelium selalu mengakibatkan kegagalan fungsi jantung atau penyakit jantung disebabkan masalah pembekuan darah dan ketidakupayaan untuk mengatur tekanan darah.

5. Mencegah dan mengurangkan stress.

Kunyit diklasifikasikan sebagai adaptogen, yang mana berfungsi membantu badan melawan kesan negatif daripada tekanan harian.

Adaptogen membantu kelenjar adrenal mengatur kadar pelepasan hormon stress, di mana badan anda tidak akan bertindak balas terlalu kuat dengan faktor tekanan, sama ada luaran atau dalaman.

6. Membantu mencegah diabetes.

Antara kebaikan kunyit buat kesihatan ialah mengekang tahap insulin dalam badan. Secara umumnya, perubahan turun naik gula dalam darah biasanya menyebabkan masalah pada badan.

Salah satunya ialah masalah diabetes. Kunyit boleh meransang pelepasan insulin. Hal ini akan membantu penyimpanan glukosa dan mengurangkan gejala diabetes.

Dengan menstabilkan tahap glukosa dalam badan, kajian telah menunjukkan bahawa kunyit mempunyai keupayaan untuk mengurangkan komplikasi yang akan berlaku dengan diabetes.

7. Kulit lebih berseri.

Dengan menjadikan kunyit sebagai sebahagian diet anda, secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan kesihatan kulit anda kerana kunyit adalah elemen anti-penuaan yang kuat.

Kunyit berfungsi sebagai antioksidan yang berfungsi untuk membalikkan kesan penuaan oksidasi pada sel dan tisu badan, seperti kulit.

Selain digunakan dalam masakan atau makanan, anda juga boleh gunakan kunyit dengan cara menyapu secara terus pada kulit sebagai losyen.

8. Membantu dalam penurunan berat badan.

Berat badan berlebihan merupakan salah satu punca kepada pelbagai penyakit berbahaya.

Kunyit boleh membantu mengawal tahap kortisol badan anda supaya berada pada tahap yang sihat. Ini penting kerana kortisol, yang merupakan hormon yang dikeluarkan oleh badan kita pada waktu tekanan (stress), mendorong pengumpulan sel-sel lemak di kawasan perut seseorang kerana bahagian ini lebih sensitif terhadap tindakan kortisol.

Walaupun pengambilan kunyit boleh membantu penurunan berat badan, namun anda juga mesti mengamalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa bersenam.

Kesimpulan

Jelaslah bahawa kunyit, jika diamalkan dalam kehidupan harian kita akan memberi banyak manfaat, khasiat dan kebaikan terutamanya buat tubuh badan kita.

Jadi, jangan lupa tambahkan kunyit dalam diet anda untuk mula memanfaatkan pelbagai khasiat kunyit seperti yang kami nyatakan dalam artikel.

Sekian perkongsian kami mengenai khasiat kunyit. Semoga ianya bermanfaat buat anda. Terima kasih.

1 Trackback / Pingback

  1. Khasiat Bawang Putih Tunggal - 5 Manfaat Baik | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*