Salam dan hai semua! Dalam perkongsian info kali ini, kami ingin berkongsi mengenai Khasiat Bawang Putih Tunggal (Solo Garlic) atau juga Bawang Putih Lanang yang ramai tak pernah tahu.
Jika anda belum baca, dalam artikel lepas, kami ada kongsikan tentang 8 manfaat dan khasiat kunyit, boleh baca untuk tambahan info.
Sebenarnya terdapat pelbagai khasiat bawang putih yang ramai dah tahu, tapi dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi sedikit tambahan info mengenai khasiat bawang putih tunggal pula.
Artikel ini umum, tidak mengkhususkan khasiat bawang putih untuk wanita mahupun khasiat untuk lelaki, ianya secara umum untuk semua golongan masyarakat.
Bawang Putih Tunggal?
Oh ya, sebelum itu, berikut sedikit info ringkas mengenai bawang putih tunggal / solo garlic atau ‘single clove garlic’ ini.
Menerusi laman Wikipedia, solo garlic yang mana dikenali juga sebagai ‘single clove garlic’ ini mempunyai rasa seperti bawang putih biasa cuma ianya agak lebih ringan dan baunya sedikit kuat berbanding bawang biasa. Dari segi rupa pula, ianya seakan sama dengan bawang putih biasa tetapi lebih cepat dan senang dikupas.
Baiklah, tanpa berlengah, jom kita baca mengenai apa khasiat dan manfaat bawang putih tunggal atau juga dikenali sebagai bawang putih jantan ini. Ayuh!
5 Khasiat Bawang Putih Tunggal Untuk Kesihatan Tubuh Badan Manusia.
1. Merawat Selsema dan Batuk.
Bawang putih tunggal dipercayai mampu mengurangkan risiko batuk dan selsema sehingga 50 peratus apabila diamalkan secara berkala. Selain itu, ia juga dapat mengurangkan kemungkinan dijangkiti penyakit lain. Kandungan Aliinase dan Allin dalam bawang putih dapat membantu menyembuhkan selsema dan batuk.
Anda boleh cuba amalkan cara ini, giling atau tumbuk dua biji bawang putih tunggal, campurkan dengan air dan minum.
2. Mengawal Tahap Kolestrol Badan.
Bawang putih tunggal dapat digunakan secara tradisional untuk mengurangkan atau menurunkan tahap kolestrol jahat dalam badan yang mana ianya juga baik untuk pesakit jantung.
Tips, cuba amalkan makan sebiji bawang putih tunggal pada waktu pagi sebelum makan makanan lain, ianya dikatakan dapat membantu mengawal masalah kolestrol dalam badan.
3. Membantu dan Melawan Penyakit Diabetes.
Dipercayai dengan pengambilan 2-3 biji bawang putih tunggal secara berkala membantu menurunkan dan mengawal kadar gula darah.
Hal ini kerana, kandungan Allicin ditambah dengan Vitamin B dan Thiamine ‘trigger’ atau mendorong pankreas untuk menghasilkan insulin di dalam badan yang mana dapat membantu tubuh melawan diabetes dengan berkesan.
4. Khasiat Bawang Putih Tunggal: Merawat Asthma atau Lelah.
Bawang putih tunggal juga digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit lelah atau asma.
Tips, anda boleh cuba amalkan memakan bawang putih disertakan dengan madu untuk merawat asma.
5. Meningkatkan Imunisasi Tubuh.
Bawang putih mempunyai kandungan yang dapat membantu sistem imunisasi badan. Kandungan Allin yang mana bila ditumbuk atau digiling akan menghasilkan allicin. Sebatian ini terbukti dapat meningkatkan tindak balas tubuh dalam melawan penyakit-penyakit lain.
Kesimpulan.
Secara konklusinya, dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak khasiat bawang putih tunggal atau bawang putih solo / jantan / lanang ini jika diamalkan dalam diet seharian kita.
Justeru itu, jelaslah bahawa pengambilan bawang putih secara berkala dipercayai mampu memberi manfaat baik buat tubuh badan manusia.
Sekian perkongsian info mengenai khasiat bawang putih tunggal kali ini, semoga artikel ini bermanfaat buat anda. Terima kasih
Leave a Reply