Khasiat Mangga Yang Ramai Tak Sangka

Khasiat mangga
Khasiat mangga

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsi tentang khasiat buah mangga yang ramai tak sangka. Mangga atau juga dikenali pauh merupakan salah satu buah kegemaran ramai terutamanya di Malaysia.

Rasa buah ini amat manis, dengan sesetengah jenis mempunyai rasa yang sedikit masam. Tekstur isi buah mangga amat berbeza-beza antara jenis-jenisnya yang berlainan; sesetengah buah mempunyai tekstur yang lembut, sedangkan yang lain mempunyai isi yang lebih pejal.

Buah mangga biasanya dimakan secara mentah selain ada yang lebih gemar menjadikannya sebagai jus mangga. Buah ini mengandungi banyak jus, dan rasa manis serta kandungan air yang tinggi menyebabkan buah ini amat menyegarkan ketika dimakan.

Baiklah, tanpa berlengah lagi, teruskan membaca untuk mengetahui pelbagai khasiat mangga yang luar biasa ini.

Mangga mengandungi pelbagai nutrien yang berkhasiat.

Mangga adalah buah-buahan yang sangat baik yang kaya dengan beberapa nutrien yang amat berguna untuk badan.

Beberapa vitamin yang anda boleh dapat dari buah mangga adalah vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6, vitamin B9, choline, vitamin C, vitamin E, dan vitamin K.

Ia juga mengandungi beberapa nutrien yang paling bermanfaat untuk badan anda seperti kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium, natrium, dan zink.

Mangga membantu dalam pertambahan berat badan. (weight gain)

Mangga adalah buah-buahan yang baik untuk ditambah dalam diet sekiranya anda sedang mencari cara untuk menaikkan berat badan.

Ia mempunyai kandungan kalori yang tinggi dan mudah diserap oleh badan anda. Mangga mengandungi kanji (starch) yang boleh berubah menjadi gula yang boleh membantu anda menambahkan berat badan.

Di samping itu, bahan bioaktif seperti aldehydes, esters, dan terpenes dalam mangga dapat membantu meningkatkan selera makan anda.

Namun awas! Jika anda sensitif terhadap paras gula dalam darah anda, anda mungkin perlu mengehadkan pengambilan mangga dalam diet harian anda.

Baca juga: Khasiat Manggis – 7 Manfaat Kesihatan Buah Manggis.

Mangga membantu sistem penghadaman.

Dalam kajian terhadap subjek haiwan, mangga telah menunjukkan bahawa ianya mempunyai kandungan pektin yang boleh membantu mengawal penghadaman. Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai kajian ini di sini.

Mangga memainkan peranan penting dalam mencegah gangguan pencernaan dan keasidan yang berlebihan. Selain itu, enzim pencernaan (digestive enzymes) dalam buah ini dapat mengoptimumkan sistem penghadaman badan.

Mangga menyokong kesihatan mata.

Buah mangga mengandungi antioksidan berkuasa seperti Lutein dan Zeaxanthin yang mana kedua-duanya boleh membantu meningkatkan kesihatan mata anda. Sebatian ini membantu melindungi retina dan kanta mata anda.

Ia dapat melindunginya dari sinar ultraviolet yang berbahaya dan dapat melambatkan perkembangan katarak dan degenerasi makula.

Mangga membantu kesihatan kulit dan rambut.

Mangga kaya dengan kandungan vitamin A yang mana penting dalam pembinaan tisu epitelium yang merangkumi rambut, kulit, dan kelenjar sebum anda.

Selain itu, ianya juga kaya dengan vitamin C. Kolagen yang dihasilkan oleh pengambilan vitamin C memberikan kulit keanjalannya. Ini mengelakkan kendur dan kedutan pada kulit anda.

Mangga meningkatkan imuniti badan.

Buah mangga juga mengandungi beta-carotene, salah satu carotenoid yang membantu meningkatkan sistem imun badan.

Beta-carotene juga boleh berubah menjadi vitamin A yang mana merupakan nutrien penting yang diperlukan untuk sistem imun badan bagi berfungsi dengan baik.

Ini juga termasuk penghasilan sel darah putih yang menjadi pelindung tubuh anda terhadap penyakit berjangkit.

Mangga boleh meningkatkan kesihatan otak.

Buah mangga kaya dengan vitamin B-kompleks. Vitamin ini amat penting dalam menjaga kesihatan dan fungsi otak anda.

Selain itu, glutamin dalam mangga juga dapat meningkatkan daya tumpuan dan ingatan anda.

Mangga boleh membantu kesihatan jantung.

Mangga mengandungi pelbagai nutrien dan sebatian yang dapat menyumbang kepada peningkatan kesihatan jantung anda.

Magnesium dan potassium dapat membantu menjaga pembuluh darah anda relaks yang mana membantu penurunan tahap tekanan darah.

Antioksidan dalam mangga juga dapat melindungi jantung anda dari apoptosis, keradangan, dan tekanan oksidatif.

Kesimpulan.

Dah tahu khasiat mangga? Apa lagi, jom amalkan pengambilan buah mangga dalam diet anda. Tapi awas, jangan pula ambil secara berlebihan.

Secara konklusinya, mangga mempunyai pelbagai khasiat dan manfaat baik untuk kesihatan tubuh badan di samping rasanya yang amat enak dan lazat.

Sekian saja perkongsian info kali ini, semoga dapat berjumpa lagi dalam artikel perkongsian akan datang. Boleh follow page kami di Facebook untuk update terkini akan datang. Terima kasih!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*