Khasiat Manggis – 7 Manfaat Kesihatan Buah Manggis

Khasiat manggis
Khasiat manggis

Khasiat manggis – Tahukah anda bahawa buah manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana juga disebut sebagai “ratu buah”? Ia mempunyai banyak faedah kesihatan serta khasiat yang dapat kita manfaatkan.

Ia dijumpai di beberapa negara Asia Tenggara dan kawasan tropika lain. Walaupun asal usul buah manggis masih diperdebatkan, namun buah ini dipercayai buah asli di negara-negara seperti Malaysia, Singapura, dan Thailand.

Buah ini terkenal kerana kelazatannya serta ianya enak dimakan secara mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan dan mempunyai isi yang putih dan manis. Awas! Anda perlu berhati-hati kerana kulit buah manggis mempunyai pewarna atau getah yang sukar dihilangkan jika terkena pada baju.

Tetapi jangan anggap buah manggis hanyalah pesta untuk selera anda! Ia tidak dipanggil ratu buah tanpa sebab. Buah ini mempunyai banyak manfaat kesihatan yang mungkin mengejutkan anda.

Berikut adalah pelbagai khasiat buah manggis yang luar biasa. Manfaat-manfaat ini adalah antara sebab mengapa anda harus memakan buah manggis.

Khasiat manggis untuk menurunkan berat badan.

Penurunan berat badan adalah salah satu manfaat buah manggis. Buah ini mengandungi kalori yang rendah, benar-benar bebas daripada lemak ‘jahat’ (bad fat) dan kolesterol, serta kaya dengan kandungan vitamin. Vitamin boleh meningkatkan metabolisma yang mana dapat meningkatkan tenaga untuk memecahkan lemak pada kadar yang lebih cepat.

Seratnya juga mengandungi vitamin B-kompleks yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar metabolisma. Ini menjadikan manggis sebagai salah satu buah yang ideal untuk membantu penurunan berat badan anda.

Manggis mencegah penuaan pramatang.

Manggis sebagai agen anti-penuaan; buah ini mempunyai sebilangan besar antioksidan yang membantu mengurangkan radikal bebas yang wujud di dalam badan anda secara aktif.

Ini secara tidak langsung mengurangkan gejala penuaan pramatang dan kelewatan proses keseluruhan penuaan dalam badan serta mengurangkan kadar penyakit degeneratif.

Manggis membantu mengurangkan keradangan (inflammations).

Manggis mempunyai unsur yang baik untuk mengurangkan keradangan. Ini bermakna ianya boleh menggalakkan kesihatan sendi yang lebih baik, sekaligus mengurangkan kesakitan dan keradangan yang disebabkan oleh serangan artritis.

Sesetengah penyakit respiratori juga boleh disebabkan oleh keradangan (inflammations).

Manggis mempunyai khasiat yang dapat meredakan rasa sakit dengan membuka sistem trakea dan laluan di paru-paru untuk memudahkan pernafasan yang lebih lancar.

Ini mengurangkan risiko dijangkiti kanser, gangguan pernafasan, penyakit jantung, dan apa-apa masalah pernafasan lain dengan mengurangkan keradangan.

Manggis mempunyai sifat antibakteria.

Ia membantu melindungi badan serta membunuh jangkitan bakteria, yang mana biasanya memerlukan preskripsi antibiotik yang kuat.

Tidak seperti antibiotik preskripsi, buah-buahan ini tidak merosakkan ekologi usus anda atau menyebabkan cirit-birit. Hakikatnya, ia membantu merawat cirit-birit dan membantu menyokong kesihatan usus yang sempurna.

Boleh membantu masalah insomnia anda.

Buah manggis mengandungi tryptophan yang merupakan bahan kimia organik yang akan ditukar kepada serotonin. Ini membantu anda dalam menangani gejala insomnia dan juga membuat badan berasa letih yang mana dapat membantu anda untuk tidur lebih nyenyak.

Baca juga: Khasiat Rambutan Yang Ramai Tak Sangka.

Manggis mungkin mempunyai sifat melawan kanser (cancer-fighting properties).

Kanser kekal menjadi antara penyakit paling meluas yang semakin kerap mempengaruhi manusia. Disebabkan itu, beberapa kajian anti-kanser telah dijalankan sementara banyak lagi dalam proses kajian.

Satu kajian oleh University of Illinois pada tahun 2012 menemui bahawa manggis menunjukkan reaksi positif untuk melambatkan proses kanser prostat.

Buah manggis dikenali mempunyai banyak antioksidan. Antara yang paling kuat ialah, xanthones, yang mana merupakan sebatian polyphenol yang terbukti berkuasa melawan kanser.

Satu lagi kajian pada tahun 2008 oleh Gifu International Institute of Biotechnology di Jepun menunjukkan bahawa satu xanthone (dari Manggis) juga disebut sebagai alpha-Mangostin mempunyai kesan pencegahan kanser pada subjek haiwan secara khusus.

Khasiat manggis untuk sistem imun badan.

Buah manggis kaya dengan vitamin C yang mana membantu melindungi badan daripada kuman yang menyebabkan penyakit. Ini bermaksud, pengambilan manggis dapat membantu badan anda lebih bersedia untuk melawan penyakit.

Tambahan lagi, buah ini juga mengandungi folate yang penting dalam pertumbuhan sel baharu. Ianya juga penting untuk fungsi normal badan.

Kesimpulan – Khasiat Manggis.

Secara ringkasnya, terdapat pelbagai khasiat buah manggis yang amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan secara umumnya. Kandungan nutrien yang kaya dalam buah manggis merupakan antara sebab utama anda perlu mengamalkan pengambilan buah manggis dalam diet anda.

Sekian perkongsian info dalam artikel kali ini. Semoga bermanfaat dan jumpa lagi dalam artikel akan datang.

1 Trackback / Pingback

  1. Khasiat Mangga Yang Ramai Tak Sangka | Harian Semasa

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*