Khasiat pisang? Dalam artikel kali ini, Harian Semasa ingin berkongsi mengenai manfaat baik dan khasiat pisang, antaranya seperti meningkatkan kesihatan jantung dan pelbagai lagi kebaikan yang ramai tak tahu. Jom baca!
Pisang boleh dianggap antara salah satu buah-buahan yang paling popular di seluruh dunia. Ia mengandungi pelbagai nutrien penting yang mampu memberikan berbagai-bagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Khasiat pisang – Mengawal tekanan darah.
‘American Heart Association’ (AHA) menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan pengambilan garam, atau natrium, dan meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi potasium.
Kandungan potasium dalam pisang boleh membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan ketegangan pada sistem kardiovaskular.
Pisang bersaiz sederhana biasanya menyediakan hampir 9% daripada keperluan potasium harian seseorang.
Membantu kesihatan sistem penghadaman.
Pisang mengandungi air dan serat, yang mana kedua-duanya menggalakkan kesihatan penghadaman. Satu pisang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 10% daripada keperluan serat harian seseorang.
Pisang juga merupakan sebahagian daripada pendekatan yang dikenali sebagai The BRAT diet, yang disyorkan oleh sesetengah doktor untuk merawat cirit-birit.
Cirit-birit boleh menyebabkan kehilangan air dan elektrolytes, seperti potasium. Pisang boleh menggantikan nutrien ini.
Makanan tinggi serat boleh mengakibatkan kembung, gas, dan kekejangan perut kepada penghidap penyakit radang usus atau IBD (Inflammatory Bowel Disease), menurut satu kajian pada tahun 2012. Walau bagaimanapun, penulis menyatakan bahawa pisang boleh memperbaiki gejala.
Membantu mencegah kanser.
Kajian makmal telah mencadangkan bahawa lectin, protein yang berlaku dalam pisang, boleh membantu menghalang sel leukemia daripada berkembang.
Lectin bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan membantu badan menghapuskan molekul yang dikenali sebagai radikal bebas. Jika terlalu banyak radikal bebas dalam badan, kerosakan sel boleh berlaku, yang mana ianya berpotensi membawa kepada kanser.
Pada tahun 2004, para penyelidik menyatakan bahawa kanak-kanak yang memakan pisang, jus oren, atau kedua-duanya kelihatan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap leukemia.
Penulis kajian mencadangkan bahawa ini mungkin disebabkan oleh kandungan vitamin C, yang mana ianya juga mempunyai sifat antioksidan.
Meningkatkan kesihatan jantung.
Pisang mengandungi serat atau fiber, potasium, folate, dan antioksidan, seperti vitamin C. Semua ini menyokong kesihatan jantung.
Satu kajian pada tahun 2017 mendapati bahawa orang yang mengamalkan diet tinggi serat mempunyai risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah berbanding mereka yang mengamalkan diet rendah serat. Mereka yang mengamalkan diet tinggi fiber juga mempunyai kadar ‘low-density lipoprotein’ (LDL) / kolestrol ‘jahat’ yang rendah.
Mengurangkan risiko diabetes atau kencing manis.
Persatuan diabetes Amerika mengesyorkan makan pisang dan buah-buahan lain kerana ia mengandungi serat. Hal ini kerana, menurut mereka, serat atau fiber boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah.
Pengambilan diet tinggi serat boleh mengurangkan risiko ‘type-2’ diabetes dan boleh mengurangkan paras gula dalam darah golongan yang sudah menghidap penyakit kencing manis.
Melegakan asthma.
Terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa makan pisang dapat membantu melegakan masalah asma kanak-kanak. Salah satu sebabnya ialah kandungan antioksidan dan potasium dalam pisang. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan kajian ini.
Memelihara ingatan/memori dan meningkatkan mood.
Kandungan tryptophan dalam pisang boleh membantu memelihara ingatan, meningkatkan keupayaan seseorang untuk belajar dan mengingati perkara, dan mengawal mood.
Kesimpulan.
Justeru, jelaslah bahawa terdapat pelbagai manfaat baik dan khasiat pisang yang ramai tak tahu dan terlepas pandang tentang buah yang kaya dengan nutrien ini.
Oh ya! sebelum ini kami ada juga membahaskan tentang khasiat durian belanda dan khasiat bawang putih tunggal, boleh klik dan baca di link tersebut. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang! Terima kasih.
Leave a Reply